MELAKA: Jumlah kutipan sampah di Sungai Melaka akan dijadikan sebagai penanda aras atau indikator tahap kebersihan bandar Melaka dan kesedaran sivik penduduknya sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata indikator itu juga akan dijadikan garis panduan dalam merangka tindakan susulan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan Sungai Melaka dan kawasan sekitarnya yang merupakan lokasi tarikan pelancong.
"Kita adakan program Gotong-Rotong Perdana ini sebagai persediaan menyambut TMM2024 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Disember ini dan daripada program ini juga, saya hendak menilai tahap kebersihan Sungai Melaka berdasarkan jumlah kutipan sampah yang kita dapat.
"Kalau banyak jumlah kutipan sampah, maka kesedaran sivik rakyat Melaka dan pengunjung masih perlu dipertingkatkan dan jika sebaliknya, ia bermaksud Sungai Melaka terpelihara," katanya kepada media selepas merasmikan Program Gotong-Rotong Perdana Sungai Melaka Fasa II di Dataran Pengkalan Rama di sini hari ini.
Program gotong-royong sejauh 5.2 kilometer (km) yang disertai lebih 1,200 peserta itu bermula di Taman Rempah sehingga Pintu Kawalan Air Batu Hampar dan dibahagikan kepada lapan zon yang diketuai oleh rakan strategik antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Syarikat Air Melaka, SWCorp dan Jabatan Kerja Raya.
Kata Ab Rauf, tahap kebersihan di Melaka sangat penting untuk negeri ini merealisasikan sasaran kemasukan 18.7 juta pelancong sepanjang TMM2024 nanti dan mahukan Sungai Melaka yang menjadi antara produk pelancongan Melaka setanding negara luar seperti Venice di Itali.
"Melaka pernah diiktiraf sebagai negeri dan kota terbersih, dan kita akan cuba dapat lagi anugerah itu insya-Allah pada tahun ini. Jadi, pelbagai usaha akan dilakukan termasuklah acara gotong-rotong sebegini dan ia akan diperluas ke daerah dan lokasi pelancongan lain secara berfasa," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan mewujudkan pavilion di Dataran Pahlawan bagi mempamerkan pelbagai produk antaranya pelancongan, kesihatan, pendidikan dan pelaburan.
"Pavilion itu akan didirikan secara kekal selama setahun dan akan turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik bagi mempromosikan produk negeri Melaka dan acara-acara yang dirancang sepanjang 2024," katanya.
Selain itu, beliau berkata pelbagai inisiatif terbaik kepada pelancong dan pengunjung ke Melaka akan diberikan termasuk mengadakan cabutan bertuah setiap tiga bulan dengan hadiah utamanya ialah sebuah kereta.
"Ada beberapa syarat yang ditetapkan seperti pelancong perlu bermalam sama ada semalam atau dua malam di hotel terpilih untuk menjayakan inisiatif ini," 'katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Indikator itu akan dijadikan garis panduan dalam merangka tindakan susulan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan Sungai Melaka dan kawasan sekitarnya yang merupakan lokasi tarikan pelancong.- Gambar fail/Bernama
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Kutipan sampah pukal di Alor Setar ditambah
Kutipan sampah pukal di sekitar bandar raya ini akan ditambah sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 2 hingga 9 Feb bagi mengelak peningkatan sampah secara mendadak di musim perayaan.